PENGARAH URUSAN

En Helmy & Isteri

En Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem dan
Puan Noor Hidayah binti Datuk Nazari

MOHD NOOR HELMY BIN ABDUL HALEM

Mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Alai (1987-1990), Sekolah Kebangsaan Bukit Cina (1990-1993), Sekolah Tinggi Melaka (1994-1996) dan di Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah (1997-1998). Beliau meneruskan pendidikan ke Universiti Teknologi Mara, Kampus Arau pada tahun 1999-2002 (Diploma Kejuruteraan Awam ) dan seterusnya menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara, Kampus Shah Alam pada tahun 2002-2006 (Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam).

Sebaik sahaja menamatkan pengajian, Mohd Noor Helmy telah menyertai Program Pembangunan Usahawan, TUNAR MEKAR (Kolobrasi Bersama antara UiTM – Jabatan Perdana Menteri) dan memulakan perniagaan pertama sebagai penanam dan pembekal serai. Pada tahun 2008, atas dasar inginkan cabaran baru, beliau telah menjual perniagaan ini dan dengan modal yang ada beliau telah membeli perniagaan Luibina Enterprise yang ketika itu perniagaan ini berada di ambang kerugian. Bermula dari saat itu, beliau tanpa menoleh kebelakang telah memacu mengembangkan syarikat ini dengan dibantu oleh pasukan kerja yang setia dan rakan niaga yang tidak putus memberi sokongan.

Dengan menggunakan minat dan pengalaman mentadbir persatuan bermula dari zaman universiti, Mohd Noor Helmy meneruskannya lagi dengan menyertai pelbagai NGO dan pertubuhan sosial sebagai tempat berkongsi pengalaman dan memberi khidmat bakti. Antara jawatan yang disandang adalah di dalam organisasi politik, pengurusan tanah wakaf dan pertubuhan belia.

Pada tahun 2015, Mohd Noor Helmy telah dianugerahkan dengan Pingat Jasa Kebaktian oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-77.